Connect with us

Oh! Media

Pelaku Dalam Kereta Axia Budak Baik, Mungkin Terbabas Dengan Hasutan Syaitan

axia

Trending

Pelaku Dalam Kereta Axia Budak Baik, Mungkin Terbabas Dengan Hasutan Syaitan

Pihak Masjid Gombak Utara dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pelaku yang membuat onar dalam kereta Axia di perkarangan masjid sudah tampil memohon maaf.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Rakaman Pasangan Kantoi ‘Projek’ Dalam Kereta Axia Di Kawasan Masjid Ketika Hujan

Pelaku yang sebenarnya meminjam kereta itu daripada seorang kawan mengaku kesilapan yang dibuat telah mencemarkan nama banyak pihak.

Pelaku juga difahamkan telah meminta maaf kepada keluarga rakannya yang merupakan pemilik asal kenderaan itu.

Kesan daripada penularan video, pemilik kereta yang merupakan pesara guru di Terengganu menerima ancaman dan fitnah.

axia viral

Menurut Hilmi Hamdan, pelaku yang merupakan rakan kepada adiknya adalah seorang yang baik. Mungkin pada hari kejadian, rakan adiknya itu terbabas dengan hasutan syaitan.

Katanya, mereka sekeluarga mengenali rakan adiknya itu kerana dia pernah berkunjung ke rumah mereka di Terengganu.

Pesalah telah meminta maaf kepada keluarga kami. Pasangan lelaki dan perempuan itu telah hubungi ahli keluarga kami melalui panggilan telefon. Keluarga kami di Terengganu, manakala pesalah berada di Kuala Lumpur.

Jelas Hilmi lagi, penyebar video juga telah meminta maaf kepada keluarganya kerana kesan video menyebabkan pemilik sebenar kereta dikecam masyarakat.

Ada yang minta kami dedahkan muka pesalah sebagai tanda kami tak tipu. Malah ramai juga yang minta kami suruh pesalah itu sendiri membuat kenyataan maaf secara terbuka atas kes “kawan khianat kawan”. Minta maaf sahabat-sahabat, agama ajar kita supaya jangan jadi pendendam.

Pesalah adalah rakan baik adik saya. Dia juga pernah bertandang ke rumah kami di Terengganu. Pesalah yang kami kenal adalah seorang kawan yang baik, cuma mungkin pada hari kejadian dia sedikit “terbabas” dan terpedaya dengan hasutan syaitan.

Mereka sekeluarga tidak bercadang untuk mendedahkan wajah pelaku kerana tidak mahu membunuh masa depan seorang anak muda yang terkhilaf.

Alhamdulilah semuanya selesai secara baik. Diharapkan kes ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Kredit: Facebook Masjid Gombak Utara | Hilmi Hamdan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas