Connect with us
imigresen

Trending

Pelacur Pakai Kostum Anime, Nurse Dan Gadis Pejabat Ditangkap! Cuba Nak ‘Suap’ Pegawai RM16k

Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah hotel di Georgetown Pulau Pinang, seramai tiga pelacur warga asing ditangkap ketika sedang menunggu pelanggan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, serbuan dilakukan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang kira-kira jam 9 malam.

IKLAN

Wanita berasal dari Thailand, Laos serta Vietnam itu dilihat memakai kostum anime tarian balet, jururawat serta gadis pejabat.

pelacur
Foto: Malaysia Gazette (Malinda Malik)

Menurut Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim, serbuan dibuat selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan tidak bermoral yang berselindung di sebalik hotel.

Mereka dipercayai berada dalam negara ini sejak dua minggu lalu. Ada di antara mereka sering keluar masuk negara atas alasan melancong.

Salah seorang daripadanya menangis teresak-esak minta dilepaskan dan berani menawarkan suapan kepada pegawai bertugas sebanyak RM16,000.

Foto: Malaysia Gazette (Malinda Malik)

Pihak JIM tidak menolak kemungkinan wang suapan itu hasil pelacuran sepanjang tempoh berada di negara ini.

Siasatan lanjut mendapati masing-masing menawarkan perkhidmatan seks menerusi tempahan di website pada kadar RM240 bagi setiap satu sesi.

Kita tidak menolak kemungkinan mereka ini dijaga sindiket dan pelanggan pula, terdiri daripada golongan VIP (orang kenamaan) berdasarkan kadar bayaran yang dikenakan.

Turut dirampas semasa serbuan beberapa telefon bimbit, puluhan kondom termasuk yang telah digunakan, minyak pelincir, wang tunai dan pil perancang.

imigresen

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas