Connect with us

Oh! Media

Pelabur Jual Saham Buatkan Mark Zuckerberg Hilang Lebih RM25 Bilion

mark zuckerberg

Trending

Pelabur Jual Saham Buatkan Mark Zuckerberg Hilang Lebih RM25 Bilion

Tengah malam tadi, seluruh dunia mengalami gangguan sama apabila tidak dapat membuka aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram. 3 aplikasi ini tidak dapat diakses selama beberapa jam dan kembali pulih pada awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, masalah yang berlaku itu sebenarnya telah menyebabkan manusia terkaya di dunia jatuh satu anak tangga. Lelaki itu adalah Mark Zuckerberg yang juga merupakan pemilik kepada ketiga-tiga aplikasi media sosial ini.

Mark dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak AS$6 bilion (RM25 bilion) hanya dalam beberapa jam sahaja. Penurunan ini berpunca selepas penjualan saham berlaku secara besar-besaran dan menjunam sehingga 4.9 peratus. Ini menjadikan saham Facebook Inc telah menurun sebanyak 15 peratus sejak September 2021.

Mark kini berada di bawah Bill Gates

Berdasarkan laporan Bloomberg Billionaires Index, kekayaan Mark juga telah merosot daripada AS$140 bilion (RM584.7 bilion) kepada AS$121.6 bilion (RM507.8 bilion). Ini menyebabkan Mark berada di tempat kelima terkaya di dunia dibelakang Bill Gates.

May be an image of 3 people, people standing, suit and indoor

Mark mohon maaf kepada semua pengguna perkhidmatannya

Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini telah kembali beroperasi. Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi. – Katanya.

Jadi apa yang korang buat sepanjang semua aplikasi ini bermasalah malam tadi? Apapun buat korang yang tengah bergaduh dengan awek sebab lambat balas WhatsApp tu bertabahlah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas