Connect with us

Oh! Media

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Tidak Dapat Wakili Mereka Atas Sebab Ini

zayn rayyan

Trending

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Tidak Dapat Wakili Mereka Atas Sebab Ini

Perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan hari ini dimaklumkan peguam yang mewakili ibu bapa yang ditahan reman sebelum ini tidak dapat mewakili mereka lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Petunjuk Baru Buatkan Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan Direman Sampai 7 Hari

Perkara itu disahkan sendiri peguam, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co di mana dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Peguam dilantik ibu bapa Zayn Rayyan sewaktu ditahan polis…

Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama.

Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan melantik Mahmud selepas mereka ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam.

Setakat ini, kita masih menantikan maklumat sama ada pasangan suami isteri ini akan diwakili peguam lain ataupun tidak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas