Connect with us

Oh! Media

Peguam Dakwa Ibu Bapa Zayn Rayyan Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

zayn rayyan

Trending

Peguam Dakwa Ibu Bapa Zayn Rayyan Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

Kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin masih belum terjawab. Walaupun ibu bapa Zayn kini menjadi suspek pembunuhan, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

ADVERTISEMENT

Ketika ini, pihak polis perlu melengkapkan kertas siasatan kes sebelum hari penahanan reman ibu bapa Zayn tamat pada esok (Rabu). Kertas siasatan lengkap itu kemudian perlu diberikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk pendakwaan serta semakan.

Ibu bapa Zayn boleh dibebaskan dengan jaminan peguam…

Sekiranya pihak pendakwaan mendapati ada bukti kukuh untuk menuduh mana-mana suspek, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.

Pertuduhan boleh dilakukan pada hari sama reman OYDS tamat atau keesokannya bergantung kepada arahan AGC.

Menurut peguam ibu bapa Zayn iaitu Fahmi Abdul Moin, suspek atau orang yang disyaki (OYDS) hendaklah dilepaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun, Fahmi masih belum dapat bertemu anak guamnya. Kali terakhir mereka bersemuka adalah ketika permohonan sambung reman pada Jumaat lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas