Trending
“Patutla Layan Aku Macam Sampah” – Hantaran Terbaru Isteri Faisal Halim Undang Perhatian
Isteri Faisal Halim kongsi luahan emosi di IG, sebut “Perkahwinan bukan satu perjudian” dan percaya setiap perbuatan pasti ada balasan Tuhan.
Nama isteri kepada pemain bola sepak negara, Faisal Halim kembali menjadi perhatian selepas beliau memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story.
Dalam perkongsian itu, Nur Syazwani memberi bayangan seolah-olah rumahtangganya sekali lagi bergolak.
Perkongsian terbaru isteri Faisal Halim

Tulis ibu kepada seorang anak ini, perkahwinan bukanlah satu perjudian dan dia bersedia untuk ‘play the game’.
Lebih menjadi tanda tanya, Syazwani sepertinya mendapat jawapan mengapa dirinya dilayani seperti sampah selama ini.
“Patutla layan aku macam sampah”

Beliau turut memuat naik dua hantaran lain berbentuk video dengan petikan kata yang lebih mendalam dan penuh pengharapan kepada Tuhan.
Jangan risau. Allah nampak siapa yang bersungguh menyakiti, dan siapa yang diam menahan diri. Dunia boleh tipu mata semua orang tapi tak boleh tipu balasan Tuhan.
Dalam hantaran terakhir pula, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak mendoakan keburukan, namun percaya setiap perbuatan pasti ada balasannya.
Saya tak doakan yang buruk, tapi saya percaya setiap perbuatan ada balasan. Awak boleh tipu saya, boleh lukakan saya, tapi jangan lupa, Tuhan tu Maha Adil… cepat atau lambat, semua orang akan rasa balik apa yang dia bagi.
Pssttt! Setiap ujian dalam rumah tangga ada hikmahnya. Semoga beliau terus kuat dan diberi ketenangan untuk harungi dugaan ini dengan sabar dan tabah.
Kredit: Instagram Nur Syazwani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM