Connect with us

Oh! Media

Netizen Maki Alif Teega Atas Kelakuannya Terhadap Aisyah Hijanah

Trending

Netizen Maki Alif Teega Atas Kelakuannya Terhadap Aisyah Hijanah

Kecoh di media sosial mengenai pempengaruh, Alif Teega berkahwin lagi satu walaupun hidupnya bersama isteri, Aisyah Hijanah nampak bahagia dan tiada apa-apa masalah.

ADVERTISEMENT

Semalam juga Alif Teega ada memuat naik satu video yang mengucapkan terima kasih buat Aisyah serta luah rasa syukur kerana menjadi suami buat isteri tercinta sebelum mendedahkan yang dirinya telah berkahwin lagi satu.

@alifteega

Selamat ulangtahun pernikahan yang ke 6 buat isteriku Aisyah Hijanah (25/11/2017) Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku. meredhai segala ketentuan dan ketetapan dari Ilahi. Susah dan senang bersama hingga saat ini. Jaga dan pelihara keluargaku, Khadeejah dan hassan sebaiknya. Tiada apa yang dapat aku balas melainkan Tuhan ganjarkan syurga firdaus buatmu, asbab keredhaan dan bersyukurnya menjadi suamimu. Bahagia. Sepanjang 6 tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapanku. Tapi aisyah masih disini, sabar redha dan serah semuanya pada Allah. Memaafkan dan bertahan atas apa sahaja takdir yang hadir. Apa yang Aisyah buat memerlukan iman dan taqwa. Subhanallah hebat! Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga ❤️ @aisyahhijanah

♬ Forever and Ever and Always (The Softer Version) – Ryan Mack

Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku.

Bukan tu jer, Alif juga memuji sikap isterinya yang disifatkan sebagai wanita hebat kerana kekal setia walaupun banyak kekhilafan yang dilakukannya.

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap pempengaruh tersebut serta merasakan Alif tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu sewaktu isteri sedang sarat hamil.

Ada juga segelintir netizen yang mahu memboikot buku keluaran Alif yang sebelum ini sememangnya menjadi pilihan ramai.

Kredit: Tiktok Alif Teega

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas