Connect with us

Oh! Media

“Nak Jadi Influencer Kena Cerdik” – Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Youtuber Buat Program Hero Teladan

isa isarb

Oh! Artis

“Nak Jadi Influencer Kena Cerdik” – Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Youtuber Buat Program Hero Teladan

Kecoh diperkatakan sejak minggu lalu program Hero Teladan yang dianjurkan Youtuber terkenal, Isa Isarb. Netizen mengecam program itu kerana telah menempatkan peserta lelaki dan perempuan dalam satu rumah. Wow macam orang barat!

ADVERTISEMENT

BACA: Isa Isarb Batal Program 77 Hari Tanpa Telefon Selepas Dikecam, Mengaku Tanggung Kerugian Besar

Walaupun sudah mengaku salah dan membatalkan program serta merta, nampaknya orang ramai masih tak boleh ‘hadam’ bagaimana Youtuber berkenaan boleh tampil dengan idea sebegitu.

Antara yang bersuara adalah pelakon Rita Rudaini. Rita menerusi perkongsian di Instagram Story berkata sebagai orang Islam, adalah tidak dibenarkan lelaki dan perempuan tinggal serumah.

Selebriti ini turut mempersoalkan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak menyertai program seperti itu.

Apa ada dalam kepala otak depa noh? Teladan celah mana? Nak jadi influencer pun kena cerdik. Nak jadi mak bapak pun kena cerdik.

Katanya, bukan senang nak jadi ibu bapa zaman sekarang ini. Jadi mereka perlulah bijak menentukan hala tuju anak.

Bukan tu jer, Rita berpendapat seorang pempengaruh media sosial hendaklah ‘cerdik’ menggunakan otak bukannya semata-mata mengejar publisiti.

Kredit: Instagram Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas