Connect with us

Oh! Media

Model EV Pertama Proton Dinamakan Sebagai e.Mas, Akan Dilancarkan Hujung Tahun Ini!

Oh! Gear

Model EV Pertama Proton Dinamakan Sebagai e.Mas, Akan Dilancarkan Hujung Tahun Ini!

Berita baik buat peminat kereta, lepas ni Proton akan keluarkan satu lagi model baru. Dengar kata kali ini jenama terkemuka tanah air ni akan keluarkan kenderaan elektrik (EV). Betul ke ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Foto Dan Video Proton X70 Facelift Tersebar Dengan Rupa Yang Lebih Garang

Menerusi hantaran Instagram Pandu Laju, kenderaan elektrik pertama keluaran Proton ini akan dinamakan sebagai Proton e.Mas dan akan dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ni.

Model ini juga difahamkan akan dijual pada harga kurang daripada RM100,000 yang akan menjadikannya kereta EV paling murah dan mampu milik.

E maksudnya adalah elektrik dan mas adalah Malaysia.

Dan model ini agak maju juga sebab digunakan 800 –volt architecture dan single motor full charge bolehpergi sampai 500 km.

Proton turut memperkenalkan logo rasmi bagi jenama EV ini, yang merupakan lanjutan yang lebih ringkas daripada logo asal kepala harimau sedia ada.

Lagi seronok, kereta ini dikatakan akan menggunakan platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) yang dibangunkan untuk Sustainable Experience Architecture (SEA) yang memang khusus untuk kenderaan EV.

Menariknya kereta EV dari Proton ni! Jadi, korang yang berminat, cepatlah kumpul duit untuk beli model ini pada hujung tahun nanti hihi.

Kredit: Instagram @pandulaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas