Connect with us

Oh! Media

“Mereka Orang Baru” – Rosyam Nor Tak Setuju Artis Baru Dilabel ‘Kayu’

Oh! Artis

“Mereka Orang Baru” – Rosyam Nor Tak Setuju Artis Baru Dilabel ‘Kayu’

Ha sekarangkan banyak isu tentang artis baru dikatkan kekwat dan juga dilabel sebagai kayu. Namun bagi pelakon dan penerbit terkemuka, Datuk Rosyam Nor dikatakan tidak bersetuju dengan pendapat ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Kontroversi Datuk Rosyam Nor Tentang Rumah ‘Ayam’ Berikan Menteri Komunikasi Idea Bernas

Menurut laporan Xtra, pelakon veteran itu meluahkan rasa tak senang apabila ada artis baru dilabel seperti itu,

Katanya sebagai pengiat seni, perlulah beri peluang kepada golongan ini untuk mencipta bakat di dalam industri.

Saya tak boleh terima kalau orang kata artis baharu ini tak ada disiplin dan kayu. Mereka orang baru kan. Saya dulu berlakon pun macam ‘tahi’ juga.

Jangan kecam artis baru sebab kadang-kadang mereka tak tahu lagi macam mana percaturan dalam industri hiburan ini.

Tambahnya, zaman dulu pun ada je isu artis tidak berdisplin dan bermasalah dan perbezaanya dulu tak banyak media seperti sekarang.

Tak perlu kritik. Revolusi media sosial adalah zaman sekarang. Jadi, bagi saya sebagai orang yang lebih senior, saya menggalakkan sebab industri kita berkembang.

Betul juga nasihat Datuk Rosyam Nor ni. Sebagai penonton pun kita perlulah beri ruang untuk artis baru sekarang mengasah bakat. Semoga industri hiburan di Malaysia betambah maju lah lepas ni.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas