Connect with us

Oh! Media

“Maut Seolah-Olah Menanti Pada Bila-Bila Masa” – Jumlah Kubur Tanpa Nisan Di Palestin Makin Banyak

Oh! Tidak

“Maut Seolah-Olah Menanti Pada Bila-Bila Masa” – Jumlah Kubur Tanpa Nisan Di Palestin Makin Banyak

Serangan Zionis makin menjadi-jadi! Penduduk di Palestin tak ubah macam anak ayam kerana terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri dan lebih menyayat hati, makin ramai rakyat yang tak berdosa terkorban.

ADVERTISEMENT

BACA: Tentera Israel Cedera’Diserang’ Ratusan Tebuan Di Gaza

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) di Palestin, Ahmed Abu Ayesh Al-Najjar berkata setiap hari mereka berdepan dengan serangan bertalu-talu dari tentera Zionis.

Tambahnya, mayat mangsa berselerakan di sana berselerakan dan kebanyakkannya masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Saya tidak mampu tidur memikirkan nasib penduduk Gaza. Maut seolah-olah menanti pada bila-bila masa. Hanya pada Allah SWT kami berdoa.

Ribuan kubur tanpa nisan ada di sini (Gaza) dan jumlahnya semakin bertambah setiap hari. 

Beratus rumah dan bangunan sekolah yang menempatkan pelarian telah diletupkan tanpa belas kasihan dari Israel.

Amat menyayat hati apabila kebanyakan mangsa ini adalah kanak-kanak tidak berdosa. 

Selain daripada berdepan dengan serangan, rakyat di Gaza juga diancam dengan krisis kebuluran yang dahsyat kerana tentera Israel menyekat bantuan yang disalurkan melalui Rafah.

Beliau turut meluahkan rasa sedih kerana sedih dengan penemuan 80 mayat dalam tiga kubur besar di perkarangan Kompleks Perubatan Shifa di bandar Gaza.

Astaghfirullah! Israel masih tak serik walaupun banyak balasan telah diturunkan. Semoga saudara kita di Palestin sentiasa dilindungi dan bebas dari gengaman Zionis ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas