Connect with us

Oh! Media

Masa Menunggu Mungkin Sampai 5 Jam, Tular Luahan Doktor Hospital Kerajaan Di Kedah

doktor kulim

Trending

Masa Menunggu Mungkin Sampai 5 Jam, Tular Luahan Doktor Hospital Kerajaan Di Kedah

Di Facebook, tular satu hantaran gambar memaparkan luahan seorang individu dipercayai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan terletak di Kedah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sila Baca Dan Tolong Kami!” – Surat Layang Mangsa Gangguan Seksual Doktor Tersebar

Luahan yang ditulis di papan putih itu mengenai kekurangan doktor di hospital menyebabkan masa menunggu lebih lama.

Doktor terlebih dahulu meminta maaf di atas masalah itu dan menjelaskan mereka sebenarnya sudah bekerja keras sehingga ada yang pengsan dan jatuh sakit.

doktor

Ada juga doktor yang sudah meletakkan jawatan dan berkhidmat di klinik swasta. Doktor yang tinggal mahu berkhidmat untuk rakyat tetapi mereka juga manusia yang akan merasa letih.

Mereka berharap pesakit dapat memahami masalah kekurangan doktor yang dihadapi mereka buat masa ini.

Dalam perkongsian lain, seorang pengguna Facebook mendakwa pegawai perubatan yang menulis luahan di papan putih ini telah diminta memberi surat tunjuk sebab.

doktor kedah

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila rayuan untuk penambahan tenaga kerja sejak beberapa bulan lalu tidak diberi perhatian sehingga terpaksa menulis sebegitu.

Kredit: Facebook Syahid Said

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas