Connect with us

Oh! Media

Manifestasikan Semangat Positif Dengan Koleksi Affirmation Dari ZCOVA

Trending

Manifestasikan Semangat Positif Dengan Koleksi Affirmation Dari ZCOVA

Cakap tentang ZCOVA, pasti ramai diantara kita yang akan membayangkan koleksi barangan permata dan berlian self-made dan eksklusif.

ADVERTISEMENT

Tapi kali ni kami bukan nak cerita tentang semua tu. Sebaliknya, apa yang kami nak kongsikan ialah mengenai koleksi perhiasan terbaru Affirmation dari ZCOVA. 

Berikan diri Affirmation untuk jadi luar biasa

Perkataan affirmation ni selalu kita dengar atau baca, tapi adakah korang faham makna di sebaliknya?

Bagi memberikan maksud yang mudah, affirmation ni ialah satu bentuk penegasan atau kata-kata positif yang kita terapkan pada diri. Apabila pegangan/kata-kata positif itu didoktrin oleh otak, minda bawah sedar kita akan mula mempercayainya dan ia sekaligus akan membentuk satu perspektif baru dan pemikiran yang lebih positif pada diri.

Maksudnya bila korang selalu cakap benda yang baik-baik untuk diri, secara tak langsung diri korang mula berubah ke arah itu.

Haa.. Sebab itulah ZCOVA telah hadir dengan satu koleksi perhiasan emas terbaru, Affirmation. Koleksi ni bertujuan untuk memberi keyakinan, kepercayaan dan keberanian kepada wanita dalam mengatasi cabaran hidup. 

Koleksi Affirmation hadir dalam bentuk loket minimalis. Di mana pada bahagian hadapannya diukir dengan simbol yang mencerminkan esensi pemberdayaan yang direka untuk memberi inspirasi dan keyakinan kepada pengguna.

Lebih menarik, pengguna juga mempunyai pilihan untuk mengukir kata-kata semangat di belakang loket (dengan jumlah perkataan yang terhad). 

Pada pendapat kami secara peribadi, rantai dan loket sememangnya satu perhiasan yang dekat dengan diri kerana ia tergantung berdekatan dengan hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZCOVA (@zcova)

Dalam koleksi self-affirmation, ZCOVA menawarkan 9 design yang korang boleh pilih untuk diukirkan di atas loket. Setiap design ini mempunyai makna tersendiri seperti ‘To have courage’, ‘To heal’, To believe’, ‘To have self-love’, ‘To have hope’, ‘To have gratitude’, ‘To grab opportunities’, ‘To let go’ dan ‘To have positivity’. 

Korang tengoklah sendiri, design atas loket pun nampak minimalis tapi sangat bermakna. 

Jika korang tak berminat dengan design yang ditawarkan, jangan risau, korang boleh je ke galeri pameran dan tunjukkan design yang korang inginkan. Nak design muka korang dan pasangan pun boleh!

Pengasas bersama ZCOVA, Low Ziyin (kiri) dan Low Ziwei (kanan).

Melalui koleksi perhiasan Affirmation, kami mahu membantu wanita melangkaui had mereka dan mengubah cara pemikiran bagi mencapai matlamat hidup.

ZCOVA menawarkan loket yang diukir dengan simbol yang bermakna bagi menyokong para wanita untuk percaya dengan potensi dalam diri mereka”- Low Ziwei, pengasas bersama ZCOVA. 

Kalau korang berminat nak dapatkan koleksi Affirmation dari ZCOVA, korang boleh ke bilik pameran ZCOVA di Petaling Jaya, Johor Bahru atau Pulau Pinang. Nak buat pembelian online pun boleh sebab penghantarannya dengan jaminan insurans.

Loket Emas 14K (tidak termasuk rantai) – RM 1,499

Loket Emas 14K dengan Rantai 16- inci Emas 18K-RM 1,899

Loket Emas 18K (tidak termasuk rantai) – RM 1,999

Loket Emas 18K dengan Rantai 16-inci Emas 18K-RM 2,399

Sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac nanti, hadiahkan diri korang dengan koleksi Affirmation dari ZCOVA, yang lelaki tu kalau nak beli boleh hadiahkan untuk pasangan korang. Confirm makin disayangi.


Maklumat lanjut mengenai ZCOVA korang boleh klik di SINI atau follow mereka di Facebook dan Instagram.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas