Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Tendang Punggung Anak Perempuan, Gara-Gara Menari Gelek Di TikTok

Trending

(Video) Lelaki Tendang Punggung Anak Perempuan, Gara-Gara Menari Gelek Di TikTok

Sejak kebelakangan ini, aplikasi Tiktok dilihat menjadi virus dalam pelbagai kalangan masyarakat. Bukan sahaja membabitkan kalangan selebriti, orang ramai juga sibuk memuat naik kandungan video kreatif yang ditawarkan di aplikasi tersebut. 

ADVERTISEMENT

Boleh dikatakan kebanyakkan pengguna Tik Tok terdiri dari semua peringkat umur seperti kanak-kanak dan remaja.

Secara tidak langsung, Tiktok adalah penyebab generasi remaja kini suka ‘bergelek’. Buktinya, di laman sosial seperti facebook dan Instagram kini dibanjiri dengan pelbagai jenis video yang dimuat naik menggunakan aplikasi tersebut untuk dikongsi kepada umum.

Jadi tidak hairanlah kanak-kanak mudah mengikut apa yang mereka lihat di TikTok.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang merakam dirinya bergelek untuk video di TikTok ketika ayahnya berjalan masuk ke dalam rumah.

Sebaik saja dia melihat aksi anaknya itu, lelaki itu terus menendang punggung kanak-kanak perempuan itu sambil memarahinya.

Tindakan lelaki itu juga telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di media sosial. Rata-ratanya bersetuju bahawa ibu bapa seharusnya tegas dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dalam budaya tidak berfaedah seperti TikTok.

Kredit: Sensei Shushi

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas