Connect with us

Oh! Media

Lelaki ‘Singlet’ Putih Gaduh Dengan Tauke Kedai Runcit Akui Mampu Menang Kalau Dirinya Tak Mabuk

India Cina gaduh di kedai runcit

Trending

Lelaki ‘Singlet’ Putih Gaduh Dengan Tauke Kedai Runcit Akui Mampu Menang Kalau Dirinya Tak Mabuk

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang lelaki India bergaduh dengan seorang lelaki cina yang merupakan ‘tauke’ kepada kedai runcit itu di Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok video itu, lelaki berbangsa India itu dalam keadaan mabuk dan telah tewas dalam pergaduhan itu. 

Walau bagaimanapun, video itu telah menjadi bahan jenaka netizen. Siap ada yang samakan dia jadi Grand Theif Auto (GTA) in real life lagi. Kah!

Terbaru! Menerusi satu video di Tiktok, lelaki India itu tampil menjelaskan kejadian kejadian sebenar.

Pada awalnya, lelaki India itu nak beli barang di kedai tapi dilayan buruk oleh ‘musuhnya’ itu. Tercabar dengan provokasi tersebut, dia yang berada dalam keadaan mabuk terus menyahut cabaran setelah diasak untuk bergaduh secara ‘one by one’.

Saya nak beli barang kenapa awak cakap macam ni, lepas tu dia cakap awak tak puas hati ke? marilah gaduh ‘one by one’.

Saya pun ada ‘black belt’ karate, kalau tak mabuk mesti itu orang sudah kena (belasah).

Lelaki India itu juga sempat memohon maaf kepada semua kerana mencetuskan kekecohan ketika mabuk.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas