Connect with us

Oh! Media

Lee Chong Wei Sumbang RM243k, Tambah Kapasiti Katil Bagi Merawat Pesakit

Lee Chong Wei

Trending

Lee Chong Wei Sumbang RM243k, Tambah Kapasiti Katil Bagi Merawat Pesakit

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyumbang RM243,000 kepada Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk menambahkan lagi bilangan katil disitu. Wah! Terbaiklah LCW.

ADVERTISEMENT

BACA : “Sediakan Jurulatih Terbaik Dunia Sekalipun Tak Ada Guna” – Datuk Lee Chong Wei

Menurut laporan Berita Harian, tambahan sebanyak 32 katil untuk merawat pesakit yang dijangkiti wabak di hospital itu akan dibuat dari sumbangan itu dan perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Beberapa minggu yang lalu, saya berbincang dengan Datuk Chong Wei tentang keperluan menambah kapasiti Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk merawat pesakit.

Kerja-kerja pembinaan telahpun dimulakan hari ini dengan tambahan 32 katil seepas perancangan dengan pihak HBM dibuat. 

Hal ini juga membolehkan pesakit-pesakit dijangkiti yang serius untuk mendapatkan rawatan awal dan mencegah daripada perkara yang tidak diingini sementara menunggu giliran di ICU Hospital Pulau Pinang.

Steven juga mengatakan bahawa sumbangan Yayasan Lee Chong Wei ini merupakan kos penuh bagi projek ini. Semoga ada lagi orang-orang hebat seperti ini untuk membantu. Terbaik!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas