Connect with us

Oh! Media

Kieda Dedah Identiti Penyamun, Rupanya Orang Sama ‘Pecah’ Rumah Kak KM Dan Founder Di Kelantan

kieda crepe

Trending

Kieda Dedah Identiti Penyamun, Rupanya Orang Sama ‘Pecah’ Rumah Kak KM Dan Founder Di Kelantan

Usahawan Kieda Crepe akhirnya dapat menarik nafas lega apabila suspek kes pecah rumahnya sudah berjaya diberkas polis.

ADVERTISEMENT

Empat individu termasuk dua wanita direman enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan kes itu.

BACA: Rumah Kieda Crepe Kena Pecah Masuk, Peti Besi Mengandungi Emas RM800k Lesap!

Terbaru, Kieda menerusi hantaran di Instagram mendedahkan identiti keempat-empat suspek yang ditangkap. Mereka adalah pasangan suami isteri dan adik beradik.

kieda crepe

Menurut Kieda, suspek adalah orang yang sama memecah masuk rumah usahawan Liana Rosli, founder produk kosmetik di Kelantan dan seorang lagi usahawan di Rawang.

Kieda menjelaskan dia langsung tidak mengenali suspek dan bukanlah dalam kalangan orang terdekat seperti yang menjadi spekulasi sebelum ini.

Depa ni duduk di Kuantan tapi buat kerja di Penang. Rupanya depa memang roadtour, bukan roadtour cari duit dengan cara halal, tapi dengan cara haram pecah rumah orang.

Menurut Kieda lagi, berdasarkan maklumat daripada pihak D4 dan IPD Kepala Batas, tangkapan terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Jalan Duta semalam di mana suspek berada di sana untuk prosiding kes rompakan di rumah Liana Rosli (Kak KM).

Makna kata dalam depa duk bicara kes, yang depa buat salah pecah rumah orang pun depa masih lagi bergiat aktif pecah rumah orang lain (rumah Kieda).

Kieda berharap ada keadilan dan dia dapat semula barang kemas yang telah dilarikan suspek. Suami Kieda iaitu Hilmi Zaki mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang telah bertungkus lumus menjalankan siasatan.

Kredit: Instagram Kieda Crepe

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas