Connect with us

Oh! Media

Kes Meningkat, Ramai Dari Golongan Tidak Divaksin Dan Komorbid?

divaksin

Trending

Kes Meningkat, Ramai Dari Golongan Tidak Divaksin Dan Komorbid?

Sejak kebelakangan ini, kes di negara kita menunjukkan peningkatan dan kebanyakannya yang dimasukkan ke hospital adalah mereka yang belum divaksin dan belum lengkap dua dos suntikan.

ADVERTISEMENT

BACA: Gelombang Baru Bakal Berlaku Jika Rakyat Enggan Ambil Dos Penggalak?

Menerusi laporan Kosmo, Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, peningkatan kes itu turut disumbang oleh mereka yang telah lengkap dua dos vaksinasi, yang memiliki komorbid.

Dos penggalak sangat digalakkan

divaksin

Menurut Dr Sharifa, masih ramai orang yang belum mengambil suntikan vaksin dan golongan dibawah 12 tahun juga belum divaksin. Mereka ini cenderung untuk dijangkiti.

Walaupun Malaysia telah mencapai lebih 90 peratus kadar vaksinasi penduduknya, namun masih ada yang belum mengambil vaksin terutamanya golongan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Golongan ini terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat termasuk dijangkiti Covid-19. Selain itu, ada juga pesakit yang lengkap divaksin tetapi mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung menyebabkan mereka cende­rung untuk dijangkiti.

Katanya, pengambilan dos penggalak amat digalakkan kerana tahap imuniti penerima vaksin akan berkurangan antara tiga hingga enam bulan dos kedua. Orang ramai juga perlu peka dengan keadaan ini kerana negara kita menunjukkan peningkatan kes sebanyak tujuh peratus.

Menurut Kosmo, Pakar Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani menyatakan kepentingan booster shot ini dan perlu diberitahu secara meluas kepada semua masyarakat agar mereka jelas dengan pentingnya pengambilan dos penggalak.

Dos penggalak Pfizer juga meningkat dari 54 peratus sehingga 95 peratus keberkesanannya daripada dos penggalak AstraZeneza dan Sinovac.

Jadi, jika anda berpeluang untuk mengambil dos penggalak, janganlah lepaskan peluang keemasan itu. Teruskan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin dan sama-sama kita lawan Covid-19!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas