Connect with us
jajan racun

Trending

Kes Makan Keropok Beracun: Pekebun Ikat Ketat Guna Tali Tangsi, Gantung Tinggi Di Pagar Kebun

Seorang kanak-kanak disahkan maut manakala seorang lagi kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus.

Difahamkan, jajan bercampur racun tikus itu digunakan untuk perangkap monyet di kawasan kebun.

IKLAN

BACA: Kes Makan Keropok Beracun: Muhammad Akil Syauki Meninggal Dunia

Terbaru, seorang pekebun dikenali sebagai Am mendakwa jajan tersebut diikat ketat menggunakan tali tangsi dan digantung tinggi kira-kira 1.2 meter pada pagar kebun.

Dia diberitahu oleh adiknya bahawa, jajan itu mustahil dapat dicapai oleh kanak-kanak kecil kerana kedudukannya yang tinggi.

Difahamkan, adiknya telah ditahan polis ketika menyerah diri di Balai Polis Kulim untuk membantu siasatan.

keropok beracun

Tambahan pula, adiknya meletakkan jajan di kawasan laluan monyet berhampiran hutan bukannya pada pagar berdekatan jalan.

Jadi, tidak mungkin dua mangsa itu dapat mengambil makanan ringan tersebut yang diikat pada pagar kebun.

Hanya terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada orang dewasa mengambilnya atau monyet ambil dan terjatuh di mana-mana.

Kata Am lagi, adiknya meletakkan lima bungkusan makanan ringan dicampur racun tikus di mana tiga dipercayai sudah diambil monyet, manakala satu hilang dan satu lagi masih berada di pagar kebun.

keropok beracun

Menceritakan dengan lanjut, Am berkata adik lelakinya yang merupakan seorang pekebun dan membela lembu menggunakan racun tikus tidak berdaftar dari China.

Ianya juga menjadi amalan pekebun lain di kawasan itu malahan ianya ada dijual di kedai-kedai sekitar Kulim. Racun tersebut juga mudah didapati secara dalam talian dan harganya murah iaitu RM3 sepaket.

Memang biasanya guna makanan ringan jenis itu kerana warna bungkusan yang menarik selain warna keropok yang terang dan monyet akan menjilatnya apabila terkena pada jari. Kami tak guna buah sebab bimbang lembu jilat atau makan buah itu.

Difahamkan, Am sekeluarga mempunyai pertalian saudara dengan keluarga Allahyarham Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan dan mereka turut hadir pada majlis pengebumian kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Kedah.

jajan racun

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas