Connect with us

Trending

“Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah

Pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki menegur kenyataan Ifa Raziah mengenai bayaran yang diterimanya apabila membuat persembahan dangdut yang memerlukan dia bergelek.

BACA: “Apa Masalah? Gelek Saya Itu Beri Makan”- Ifa Raziah Dibayar Berpuluh Ribu Di Majlis Akikah

IKLAN

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, tak semua yang membawa duit itu menjadi keuntungan dalam kehidupan kita, ianya bimbang jika duit yang masuk membawa kecelakaan di masa hadapan.

Tambah beliau lagi, setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah SWT kelak dari mana dia mendapatkan harta dan bagaimana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek menggelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…

“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” bangganya kau!!”

Terdahulu, Ifa Raziah dikecam netizen gara-gara berkelakukan tidak sopan apabila bergelek sewaktu membuat persembahan di sebuah majlis akikah.

Dalam laporan Kosmo! berkata, sebagai penyanyi dangdut, kerjanya adalah menyanyi, menghiburkan penonton dan bergelek. Selama ini geleklah yang memberinya makan.

Jelas Ifa lagi, selepas majlis akikah mereka menyambut ulang tahun perkahwinan pula dan ketika dia membuat persembahan, ahli agama (ustaz) sudah pun pulang.

Kredit: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas