Connect with us
nur farah kartini

Trending

“Kau Cekik Kawan Aku Sampai Lemas” – Tular Laporan Kes Nur Farah Kartini, Rakan Luah Rasa Berang

Kehilangan Nur Farah Kartini akhirnya terjawab apabila mayatnya dijumpai di ladang sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, semalam.

Sejak itu, kes pembunuhan Nur Farah Kartini menjadi bualan hangat di media sosial terutamanya dalam kalangan rakan-rakannya.

IKLAN

BACA: KP Perak Sahkan Suspek Dari Balai Polis Slim River, 5 Tahun Dalam PDRM

Beberapa rakan arwah yang mesra dipanggil Faa meluahkan rasa berang terhadap suspek lebih-lebih lagi apabila tular laporan didakwa berkaitan kes ini.

kawan nur farah kartini

Dalam laporan itu, suspek dikatakan telah membawa pihak polis ke lokasi penemuan mayat arwah.

nur farah kartini

Penama (suspek) menunjukkan tempat kejadian di mana penama mengatakan ‘inilah Farah yang saya cekik sehingga lemas’. Terdapat satu mayat dalam keadaan terlungkup yang masih berpakaian berada di dalam lopak air dan telah membusuk.

Dalam pada itu, wajah suspek juga turut ditularkan dan kini sudah tersebar di platform media sosial. Suspek merupakan seorang anggota polis  berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River, Perak.

nur farah kartini

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas