
Trending
Kanak-Kanak 9 Tahun Mangsa Seks Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah
Oleh
Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin yang merupakan Pengerusi Yayasan Ikhlas iaitu sebuah badan NGO menyatakan bahawa negara ini telah mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah yang melibatkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun.
Kanak-kanak perempuan berkenaan dilaporkan menjadi mangsa seksual abangnya sendiri yang terpengaruh dengan video porografi.
Menurut Zainur, kes tersebut telah dilaporkan berlaku tiga tahun lepas di Pulau Pinang dan ia semakin merisaukan apabila sebelum ini ia hanya membabitkan remaja berusia 17 dan 18 tahun.
Di Negeri Sembilan dan Terengganu ada kes kanak-kanak 11 tahun. Ini amat membimbangkan kerana kadar remaja yang terlibat dengan kes kelahiran anak tidak sah taraf meningkat 11 peratus.
Satu daripada 10 remaja di negara ini pernah melakukan hubungan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.

Tambahan, kebanyakannya pelaku adalah daripada golongan remaja lelaki yang berada dalam lingkungan usia 13 hingga 16 tahun dan terdedah dengan media sosial berkaitan seksual seperti pornografi di aplikasi Whatsapp atau Telegram.
Dalam pada itu, faktor lain yang juga menyumbang ialah cinta, kerelaan sendiri, konflik keluarga dan juga kemiskinan.
Keluarga orang susah, ibu menjual kuih dan bapa bekerja dua syif. Mereka tiada masa untuk anak menjadi punca keterlanjuran itu berlaku.
Bagi membanteras perkara ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dan harus sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak mereka.
Terdahulu, kami pernah kongsikan cerita mengenai seorang gadis yang telah menjadi mangsa teman lelaki yang tidak bertanggungjawab apabila dia terpaksa mengugurkan kandungan sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan gadis itu mandul.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Tak tahu la nak gelak ke kesian sebab dia macam kelakar tapi at the same time kesian jugak dekat adik ni Kredit Video: @nuwerkev #prank#budak#kepalabudakprank#viral#takut#ohviral#ohmedia
♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media
