Connect with us
bapa suspek

Trending

“Kalau Salah Tetap Salah Dan Kena Terima Hukuman Tapi..” – Bapa Suspek Bunuh Nur Farah Kartini

Bapa kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini mengakui terkejut mengenai penangkapan yang dibuat terhadap anaknya.

BACA: KP Perak Sahkan Suspek Dari Balai Polis Slim River, 5 Tahun Dalam PDRM

IKLAN

Namun, beliau menerima dengan reda dan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis dan undang-undang.

suspek bunuh nur farah

Luahan itu dibuat warga emas berkenaan ketika ditemui wartawan Malaysia Gazette di rumahnya di Jalan Parit Sidang Seman Benteng, Sungai Rambai, Jasin Melaka hari ini.

Saya tak percaya benda bukan-bukan (bunuh) yang dibuat ini, tapi bila dengar berita dia (suspek) dah bawa polis ke lokasi kejadian saya hanya mampu berserah pada Allah.

Kalau salah tetap salah dan kena terima hukuman tapi mungkin pihak hakim ada pertimbangan kerana terdapat juga unsur lain dalam kejadian ini.

Jelasnya, kali terakhir beliau berjumpa anak kelapan dari 10 beradik itu pada Khamis lalu iaitu sehari selepas anaknya pulang ke Melaka.

Kali terakhir saya jumpa dengan anak kira-kira 11 pagi Khamis lalu sehari selepas dia balik ke Melaka Rabu lalu dan bermalam di rumah mentuanya di Kampung Pulau Kelapa.

Waktu tiba di rumahnya sekitar 11 pagi Khamis, anaknya dikatakan tidak ceria dan wajah kusut tidak seperti kebiasaan.

Katanya lagi, pada hari itu anaknya menerima panggilan daripada balai polis Slim River memintanya hadir ke balai sebelum pukul 3 petang.

nur farah kartini

Lapor Malaysia Gazette lagi, warga emas itu dia tahu, anaknya yang mempunyai isteri dan seorang bayi berusia lapan bulan sudah lama berkawan dengan Nur Farah Kartini sejak wanita itu masih belajar sekitar dua atau tiga tahun lalu.

Waktu balik di sini pun, kalau ada orang nak sewa kereta, memang wanita itu akan memaklumkannya kepada anak saya tapi saya tak tahu pula sejauh mana mereka berkawan.

Namun, bapa suspek tidak pasti sejauh mana mereka berkawan kerana hanya mengetahui Farah menguruskan kereta sewa.

Jelas bapa, anaknya itu merupakan harapan keluarga sejak menjadi polis lebih 4 tahun lalu. Beliau berharap  netizen tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan mereka sekeluarga.

bapa suspek

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas