Connect with us

Oh! Media

“Jangan Lupa Daratan, Jangan Bagi Muka” – Datuk Rashid Sidek Bengang Dengan Keputusan Zii Jia

rashid sidek

Trending

“Jangan Lupa Daratan, Jangan Bagi Muka” – Datuk Rashid Sidek Bengang Dengan Keputusan Zii Jia

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang memutuskan untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Peminat Zii Jia juga dilihat menyokong tindakan Zii Jia dan ada pula yang mendakwa BAM tidak telus dan sebagainya.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakyat Malaysia Terkejut! Ini Sebab Mengapa Lee Zii Jia Keluar Dari BAM

Tapi adakah kita tahu apa yang sebenarnya berlaku?

Bagi menjawab perkara ini, kami kongsikan pandangan dari lagenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek yang tidak gemar dengan keputusan dilakukan Zii Jia. Bagi Rashid, BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain muda 23 tahun itu untuk mengelak jadi ikutan pemain lain.

BAM ada kuasa untuk ambil tindakan, kalau perlu kenakan hukuman gantung tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu, BAM kena buat.

BAM perlu tegas dengan keputusan mereka, jika tidak orang tidak akan hormat BAM sebagai persatuan yang bertanggungjawab terhadap sukan badminton di negara ini.

Zii Jia jangan lupa daratan! Dulu masih di bawah siapa jaga?

Rashid turut meluahkan rasa kecewa dan memberikan peringatan kepada juara All England 2020 agar tidak lupa daratan. Zii Jia perlu ingat pencapaian yang dicapai sekarang bukan kerana dirinya sahaja tetapi apa yang telah dilaburkan BAM dari dia kecil hingga remaja.

Dulu bila dia masih di bawah, siapa yang jaga dia? Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendri. Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal dan makan minum dia siapa yang jaga.

Kalau duit menjadi masalah utama, saya percaya perkara ini boleh dibawa berbincang bersama BAM. Lagipun, dia tidak boleh bandingkan apa yang dia dapat dengan apa yang Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) ketika bergelar pemain.

Chong Wei diberikan keistimewaan selepas raih pelbagai kejuaraan dunia

Chong Wei mendapat keistimewaan daripada BAM selepas dia meraih pelbagai kejuaraan selain memegang status sebagai pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun. Zii Jia pula, kerjayanya baru mahu bermula dan baru ada dua atau tiga kejuaraan.

Jika mahu keistimewaan seperti Chong Wei, dia perlu buktikan dulu kredibilitinya. – Tegas Rashid.

Apapun kita harapkan Zii Jia dapat berbincang secara baik dengan BAM dan jurulatih. Cuba dapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas