Connect with us

Oh! Media

“Jangan Besar Kepala” – Dato Lee Chong Wei Beri Nasihat Kepada Pemain Muda

Trending

“Jangan Besar Kepala” – Dato Lee Chong Wei Beri Nasihat Kepada Pemain Muda

Baru-baru ini, skuad badminton negara telah menghadapi dua kejohanan antarabangsa iaitu piala Thomas dan Uber yang mana mereka tidak berjaya membawa sebarang pingat.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas Piala Sudirman, Dari Mana Pula Nama Piala Uber Dan Thomas Berasal?

Namun, kita perlu berbangga kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menurunkan atlet muda dalam acara tersebut bagi menambahkan pengalaman bermain.

Walaupun skuad lelaki terkandas di suku akhir Piala Thomas manakala pasukan wanita tewas di peringakat kumpulan Piala Uber, sekurang-kurangnya mereka berjaya mencapai pingat gangsa di Piala Sudirman.

Datuk Lee Chong Wei titipkan nasihat

Bagaimanapun, pemain lagenda negara, Datuk Lee Chong Wei telah memberikan nasihat kepada pemain muda supaya tidak besar kepala dengan pencapaian ketika ini.

Menurutnya, untuk berada dalam kelompok elit dunia, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran dan halangan yang dikira masih jauh buat mereka.

Saya mengharapkan barisan pemain muda tidak besar kepala atau leka dengan kejayaan atau peluang diberikan oleh barisan kejurulatihan untuk beraksi di kejohanan elit.

Selain itu, mereka juga perlu lebih konsisten dengan peluang beraksi di peringkat antarabangsa untuk mecipta nama atau membawa kejayaan buat negara.

Bagaimanapun, kegagalan dalam Piala Thomas dan Uber bukanlah kemuncak dalam dunia badminton, namun ia merupakan permulaan bagi menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang.

Percaya cakap saya perjalanan masih lagi jauh kerana banyak lagi lawan yang mereka tidak bertemu sekali gus pasti memberi pengajaran berguna kepada pemain muda.

Tambahnya lagi, oleh sebab itulah beliau berharap agar pemain muda negara tidak terlalu mudah berpuas hati kerana banyak perkara yang perlu dipelajari kelak.

Terbaharu, pemain berseorangan negara, Lee Zii Jia sedang menghadapi tugas getir dalam memburu tiket separuh akhir badminton Terbuka Denmark.

lee Zi Jia bakal bertemu juara Olimpik, Viktor Axelsen hari ini. Walaubagaimanapun, pemain muda negara itu pernah menumpaskan Axelsen di All England Mac lalu yang menyaksikan dia telah muncul sebagai juara.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas