Connect with us
influencer

Trending

Ini Rupanya Cara Pempengaruh ‘Buat Duit’ Promosi Derma Dan Jadi Kaya Raya?

Kecoh di media sosial apabila pasangan pempengaruh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

BACAPasangan ‘Influencer’ Disyaki Kaut Dana Derma Awam Sebanyak RM3 Juta Sejak 2020

IKLAN

Pasangan yang berimej islamik itu sering berdakwah di media sosial dan menggalakkan orang ramai untuk menderma buatkan ramai netizen yang membangkitkan perkara ini.

Di platform X, ada seorang individu ini terpanggil untuk berkongsi bagaimana kebanyakan pempengaruh menjadi kaya raya dengan mempromosikan derma di platform media sosial mereka.

Kata individu berkenaan, dia juga pernah melalui perkara itu apabila mendapat pelawaan untuk menguar-uarkan JomDonate bagi menggalakkan orang ramai untuk menderma.

Katanya lagi, sewaktu itulah dia tahu pempengaruh yang mencipta atau menguar-uarkan perkara itu akan mendapat komisyen sebanyak 20 peratus dari jumlah kutipan.

Influencer cuma buat video pendek macam tazkirah pasal sedekah gitu je. Lepas tu letak link. Licik betul. 

Bukan tu jer, individu itu juga mendedahkan antara kempen menderma hot yang sering dilakukan adalah sedekah kurma pada bulan Ramadan, infaq makanan untuk berbuka puasa dan bubur lambuk.

Kutip RM5,000 dapat RM1,000. Kalau dapat kutip RM50,000? RM500,000? Berapa banyak influencer dapat? Ini baru satu kempen.

influencer

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas