Connect with us

Oh! Media

Ini Nasib 6 Pegawai Kastam Yang Terlibat Dalam Sindiket Vape Di Pusat Kargo KLIA

Ohmedia copy of Untitled Design 82

Oh! Negara

Ini Nasib 6 Pegawai Kastam Yang Terlibat Dalam Sindiket Vape Di Pusat Kargo KLIA

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pihaknya sedang mendapatkan pengesahan nama enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan berkaitan sindiket penyeludupan rokok elektronik.

BACA: Op Airways: Sindiket Suap Penguat Kuasa Lebih RM6,000 Sehari

Beliau menjelaskan bahawa enam pegawai yang terlibat akan dipindahkan ke bahagian lain sehingga proses siasatan selesai sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam menangani kes ini.

IKLAN

Tidak akan berkompromi!

Op Airways Sprm

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Datuk Anis Rizana berkata, pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan semua agensi, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan integriti dan tanggungjawab.

Nasihat saya, berkhidmatlah dengan penuh ikhlas, cekap, tangkas dan berintegriti.

Sebagai agensi pemungut hasil negara, setiap warga JKDM bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah ini dengan berintegriti.-Katanya

Dalam pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan pegawai dan anggotanya, untuk menjauhi sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang negara serta menjaga integriti diri agar tidak mencemarkan nama baik jabatan yang mereka wakili.

Op Airways bongkar ketirisan hasil negara hampir RM8 juta

Snapinstapp 474691426 18478923001015539 7582545356671536322 n 1080

Sebelum ini, SPRM telah menyerbu pusat kargo KLIA menerusi Op Airways dan menemukan sejumlah 90 ribu unit vape bernilai RM 5.4 juta untuk dijual kepada pasaran tempatan.

Hasil operasi tersebut, 14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah itu.

Snapinstapp 474705044 18478923022015539 5866989647828773080 n 1080
Snapinstapp 474691344 18478923079015539 4453090285178857377 n 1080
Ohmedia copy of Untitled Design 82

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas