Connect with us

Oh! Media

Ini Hukum Melamar Wanita Di Khalayak Ramai

hukum melamar

Trending

Ini Hukum Melamar Wanita Di Khalayak Ramai

Zaman moden ini, ramai lelaki memilih untuk membuat lamaran terbuka kepada pasangan kekasihnya untuk kelihatan sweet dan ‘romantik.’ Baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menyatakan hukum melamar wanita secara terbuka di khalayak ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: Main Kutu Cara Mudah Dan Cepat Untuk Kumpul Duit? Ini Hukumnya Dalam Islam

Menerusi hantaran Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan melamar wanita di hadapan khalayak ramai adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Islam menggalakkan pinangan secara tertutup

hukum melamar

Menerusi hantaran tersebut, Islam menggalakkan untuk lamaran atau pinangan dilakukan secara tertutup.

Agama Islam mendidik umatnya untuk menjaga maruah diri sendiri dan orang lain agar tidak dicemari oleh perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Islam menggalakkan agar lamaran itu melalui wali kepada wanita yang ingin dinikahi.

Hal ini bertujuan untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak dan beri masa yang cukup untuk wanita yang dipinang berfikir sebelum buat keputusan.

Umat Islam perlulah mengikut ajaran yang telah ditetapkan untuk mengelakkan segala fitnah dan perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga kita tidak terikut-ikut dengan budaya luar dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas