Connect with us

Oh! Media

Individu Tolak Vaksin Perlu Tanggung Bil Rawatan Sendiri?

tolak vaksin

Trending

Individu Tolak Vaksin Perlu Tanggung Bil Rawatan Sendiri?

Ramai individu sudah menerima vaksin dan ada juga segelintir masyarakat yang masih menolak pemberian vaksin Covid-19. Di Singapura, mana-mana individu yang tolak vaksin dengan pilihan sendiri perlu menanggung sendiri bil rawatan hospital jika terkena wabak Covid-19 mulai 8 Disember.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru KAFA Yang Tolak Vaksin Boleh Ditamatkan Kontrak?

Menurut laporan Utusan, kerajaan Singapura akan menanggung bil hospital sepenuhnya kepada semua penduduk Singapura, pemegang pas jangka masa panjang dan individu yang terkena jangkitan virus Covid-19 selepas pulang dari luar negara.

Individu tidak menerima vaksin majoriti di ICU

tolak vaksin

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan undang-undang baharu itu akan digunakan kepada semua pesakit Covid-19 yang menolak vaksin, padahal mereka layak menerima vaksin.

Dalam masa sekarang, individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah majoriti yang ditahan di unit rawatan rapi dan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan sumber penjagaan kesihatan negara.

Kerajaan juga akan menanggung sepenuhnya bil rawatan hospital bagi individu yang tidak layak menerima vaksin dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Buat masa ini, individu yang sudah menerima satu dos vaksin akan terus ditanggung bil rawatan sehingga 31 Disember.

Jadi, mulai tahun 2022, hanya mereka yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja akan ditanggung oleh kerajaan jika terkena jangkitan Covid-19.

Jika undang-undang seperti ini dilakukan di Malaysia, agak-agak ramai tak yang akan mengambil vaksin? Apa-apa pun, sentiasa jaga diri dan ikut SOP okay!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas