Connect with us
Ibu Nur Farah Kartini

Trending

Ibu Yang Masih Ziarah Kubur Arwah Nur Farah Kartini Pagi Ini Undang Sebak Ramai

Kecoh di media sosial mengenai kes bunuh adik Nur Farah Kartini sejak mayatnya dijumpai di di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini.

BACAOperasi Mencari Bahan Bukti Kes Bunuh Nur Farah Kartini Diteruskan

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, keluarga kepada Allahyarham Nur Farah Kartini menziarahi pusaranya pagi ini disebabkan rindu yang mendalam.

Menurut abang arwah, emosi ibunya masih tidak stabil selepas apa yang terjadi kepada anak perempuannya itu.

Pagi ini saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.

Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor. 

Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak.

Bukan tu jer, abang arwah dan juga keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang urusan pengebumian adiknya.

Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Ibu Nur Farah Kartini

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas