Connect with us

Oh! Media

Ibu Pemilik Honda City Kena Curi Di Stesen Minyak Cerita Panjang Lebar Kejadian Sebenar

Honda City stesen minyak

Trending

Ibu Pemilik Honda City Kena Curi Di Stesen Minyak Cerita Panjang Lebar Kejadian Sebenar

Petang tadi tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah kereta Honda City berwarna merah selepas pemiliknya keluar untuk pergi ke tandas. Laju betul buat kerja!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada pemilik kereta itu berada di tempat duduk penumpang hadapan tak sempat keluar dan disuruh diam oleh suspek.

Dia pegang bahu makcik sebaik masuk ke dalam kereta dan suruh diam.

Makcik meronta dan nekad untuk terjun tetapi bahu dipegang dan lelaki itu tarik untuk pastikan makcik tidak keluar.

Namun, lelaki itu cakap kau nak keluar, kau berambus dan perlahankan kereta sebelum menolak makcik keluar dari kereta.

Ibu kepada pemilik kereta itu berkata yang dia tidak berasa trauma dan cuma terkejut sebab kejadian itu berlaku begitu pantas.

Dia juga bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan dan selamat.

Dalam kes ini, makcik nasihatkan supaya mereka yang berada di dalam kenderaan supaya mengunci pintu demi keselamatan.

Untuk info, kejadian berlaku pada 3.10 petang di sebuah stesen minyak di Kuantan, Pahang.

Pada awalnya, anak perempuan warga emas itu keluar untuk pergi ke tandas sebelum suspek terus masuk dan melarikan kereta itu.

Suspek kemudiannya tinggalkan warga emas itu kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dan terus melarikan diri dengan kereta. Sehingga kini pihak polis sedang giat mengesan suspek!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas