Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Tegaskan Pembunuh Masih Ada Di Luar

Ibu bapa Zayn Rayyan

Trending

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Tegaskan Pembunuh Masih Ada Di Luar

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin berulang kali menegaskan yang pembunuh sebenar anak mereka masih berada di luar.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, ibu bapa Zayn juga kini dalam keadaan yang sangat tertekan dan perkara ini dikatakan sendiri peguam mereja, Ilyani Khuszairy.

Kedua-dua pihak (ibu bapa Zayn) berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, dapat tengok muka dia, menangis ketika bertanya-tanya soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar.

Mereka dalam tekanan dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan secara baik dan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai,

Surat untuk berjumpa ibu bapa Zayn juga telah dihantar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kata Ilyani.

Mak Zayn Rayyan sihat, cuma sama juga sangat tertekan dan sedih, cakap pun tak banyak, mungkin masih lagi dalam keadaan terkejut dan tertekan semasa berada dalam tujuh hari reman. 

Ibu bapa kanak-kanak autisme itu juga memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk mencari keadilan untuk anak mereka dan perkara ini dikatakan sendiri seorang lagi peguam yang mewakili mereka.

Buat masa ini tiada lagi permohonan untuk pemeriksaan psikologi, pihak kami juga memohon kepada pihak mahkamah tadi untuk berjumpa dengan anak guam ketika dalam reman enam hari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas