Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Zayn Rayyan Boleh Sambut Aidiladha Bersama Keluarga

zayn rayyan

Trending

Ibu Bapa Zayn Rayyan Boleh Sambut Aidiladha Bersama Keluarga

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin hari ini menjelaskan pendawaan ke atas anak guamnya tidak menyebut sebarang penderaan dilakukan ke atas kanak-kanak austisme itu. Sebaliknya, hanya dituduh mengabaikan anak mereka.

ADVERTISEMENT

Dalam pertuduhan tak sebut tentang penderaan, tapi pengabaian. Ia (pengabaian) merupakan terma yang luas. Dalam pertuduhan hanya pengabaian, bukan penderaan.

Sebutan ditetapkan 26 Julai 2024 bagi tujuan pihak pendakwaan serah dokumen pendakwaan kes ini dan kami akan hadir bersama anak guam.

Kami juga tak dapat apa-apa bukti lagi setakat ini. Hanya dapat kertas pendakwaan saja. Lepas 26 Julai nanti baru dapat.

Mahkamah benarkan ikat jamin ibu bapa Zayn Rayyan…

Dalam pada itu, pihak mahkamah akhirnya membenarkan ibu bapa Zayn Rayyan bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 seorang hari ini.

Mereka dalam proses buat bayaran (jamin). Keluarga sedang uruskan, Insya-Allah jika semuanya lancar, hari ini mereka boleh dibebaskan. Alhamdulillah.

Mereka gembira, puas hati dengan siasatan PDRM. Sama seperti orang ramai mahukan, mereka juga mahu keadilan buat Zayn Rayyan.

Ibu bapa Zayn bagaimanapun perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap 1 haribulan dan tidak dibenarkan menganggu saksi-saksi sehingga kes ini selesai.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas