Connect with us

Oh! Media

“I Present To You The Real Tokong Malaysian Football” – Tunku Mahkota Johor

tmj

Trending

“I Present To You The Real Tokong Malaysian Football” – Tunku Mahkota Johor

Sebelum ini pihak MFL memutuskan untuk menarik semula dua hukuman terhadap pasukan Selangor FC di mana pemotongan 3 mata dalam Liga Super musim dibatalkan.

ADVERTISEMENT

Kehadiran penonton ke perlawanan Liga Supek antara Selangor FC dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dibenarkan.

Tunku Mahkota Johor bersuara…

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu perkongsian di Instagram Story bersuara berhubung tindakan MFL menarik semula hukuman terhadap Selangor FC.

TMJ berpendapat, tindakan MFL ini seumpama memberi bayangan setiap pasukan yang menerima hukuman boleh menggunakan kuasa Sultan untuk mengurangkan hukuman.

Lepas ni yang mana club tak bayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang undang Liga, suruh Sultan tulis surat murka aja senang.

Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat. Ini akan start satu precedent di mana selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tak boleh.

TMJ tak pernah minta Tuanku Sultan Johor keluarkan surat…

(JDT dari 2013 kena denda beratus ribu, saya kena banned 6 bulan, tak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan.) Ini siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat U-Turn tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam

MFL baik puji MFL sekarang. Ladies and gentlemen, I present to you The real Tokong of Malaysian football.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas