Connect with us
rider sabah

Trending

“I Love Sabah” – Tak Kenal Loghat Sabah, Lelaki Blazer Merah Mohon Maaf

Minggu lalu, rakyat dikejutkan dengan insiden kekecohan di antara seorang rider dan pengawal keselamatan sebuah bangunan di Kuala Lumpur.

Kejadian semakin hangat apabila lelaki memakai blazer merah bertindak ganas dengan ‘lock’ pergerakan rider sehingga dia meronta untuk dilepaskan.

IKLAN

BACA: “Video Viral Tak Benar” – Risau Pekerjaan Terjejas, Abang Blazer Merah Buat Laporan Polis

Tak cukup dengan itu, dia juga menuduh dialek percakapan rider berasal dari Sabah itu seperti orang luar. Ianya menyebabkan ramai brader-brader Sabah naik angin, macam cubit paha kanan paha kiri terasa la guys.

@ranggi017

♬ bunyi asal – ranggi017

Tetapi isu tersebut nampaknya selesai apabila lelaki blazer merah ini bersemuka dengan orang Sabah dan meminta maaf. Dalam video viral di TikTok, dia mengakui tiada niat dan tak mahu isu terus berlarutan.

@ranggi017

♬ bunyi asal – ranggi017

Saya tiada masalah dengan orang-orang lain. Juga tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah.

Dia juga berterima kasih kepada individu yang sudi berbincang dengan baik untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Kredit: TikTok @ranggi017

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas