Connect with us

Trending

Harga Honda ADV 160 Serendah RM13.2K, BSH Tawar Dua Warna Baru

Berita baik buat peminat-peminat motor skuter Advencer Honda ADV160 2024! Akhirnya BSH umumkan dua lagi wrana terbaru yang pastinya akan buat korang tak keruan!

Menurut laporan Pandu Laju, dua warna terbaru yang akan dikeluarkan adalah Gray (kelabu) dan juga White (Putih) dan dijangka akan memasuki pasaran bermula 18 Julai ni tau.

IKLAN

Lebih menarik lagi, harga jualan serendah RM13,249 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan juga pendaftaran.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, harga asas dikatakan naik sebnayak RM250 seunit.

Spesifikasi sama macam model tahun lalu

Apapun bagi yang memang minat model skuter ni tapi nak pakai warna baru, jangan risau sebab Honda masih kekalkan spesifikasi sama seperti model tahun lepas.

Skuter ini didatangkan dengan trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156.9cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.8hp @ 8,500rpm, dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm.

Lagi menarik, motor ini juga ada sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang boleh elak situasi tayar tergelincir serta sistem henti-mula Honda ISS (Idling Stop System) untuk membantu penjimatan bahan api.

BACA: Honda Motocompacto Akhirnya Dilancarkan Pada Harga RM4.6k

Bukan tu jer, skuter ini juga dilengkapi dengan waranti pengilang dua tahun atau 20,000km dan banyak lagi!

Berikut adalah senarai spesifikasi bagi skuter model ADV160:

  1. Kotak gear automatik CVT.
  2. Sistem lampu LED dengan ciri Signal Henti Kecemasan (ESS).
  3. Panel meter digital.
  4. Sistem kunci pintar dengan sistem penggera.
  5. Sistem brek cakera tunggal 240mm jenis petal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek cakera tunggal 220mm (belakang), juga jenis petal.
  6. Ada pengecas USB 5V 2.1A dalam kotak konsol.
  7. Ruang simpanan bawah pelana 30 liter.
  8. Suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absorber Showa di belakang.
  9. Dimensi panjang 1,950mm, lebar 763mm, dan tinggi 1,196mm. Jarak tinggi bumi 165mm, dan jarak roda 1,324mm.
  10. Berat 133kg.
  11. Kapasiti tangki petrol 8.1 liter.
  12. Rim aloi 14 inci dengan tayar 110/80 (depan) dan rim 13 inci tayar 130/70 (belakang).
  13. Tinggi pelana 780mm.
  14. Visor angin boleh laras lebih tinggi.

Jadi apa korang tunggu lagi, jom dapatkan skuter ini dengan pengedar sah dan cawangan Impian bermula esok.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas