Connect with us

Oh! Media

Eira Aziera Reda Kena Bayar Ganti Rugi RM100k, Mohon Maaf Hina Fizikal Suharnizan

eira aziera

Trending

Eira Aziera Reda Kena Bayar Ganti Rugi RM100k, Mohon Maaf Hina Fizikal Suharnizan

Usahawan Eira Aziera tampil dengan satu permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan Md Sidek berkaitan isu hina fizikal beberapa tahun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Suharnizan Dedah Akan Saman RM2 Juta Ke Atas Eira Aziera

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di TikTok, Eira menyusun 10 jari memohon keampunan daripada Suharnizan di atas kata-kata kesat dan hinaan yang dilemparnya sebelum ini.

eira aziera

Usahawan itu juga meluahkan rasa syukur kes mahkamah di antara mereka selesai dan bayaran ganti rugi sebanyak RM100,000 juga siap disediakan.

https://www.tiktok.com/@eiraaziera6699/video/7376958487244311829

Katanya, bayaran ganti rugi baru diselesaikan sekarang kerana dia menunggu arahan step by step daripada pihak peguam.

Hari ini date dia, date yang dinanti-nantikan. Eira langsung tak ada rasa sedih ke atau terkilan sebab Eira reda. Eira wajib membayar atas setiap kesilapan yang Eira lakukan.

Bayaran ini hasil titik peluh Eira tanpa loan, tanpa bergadai. Ini hasil titik peluh Eira siang dan malam untuk bayar kepada Suharnizan.

Dalam pada itu, Eira juga meminta maaf kepada netizen yang tersinggung dan Eira juga memaafkan netizen yang telah menyakiti hatinya.

suharnizan

Terdahulu, mahkamah memerintahkan Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera membayar ganti rugi RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa ‘body shaming’ (penghinaan bentuk fizikal) pada Ogos 2020.

Menerusi video yang tular tersebut, Eira telah menghina bentuk fizikal Suharnizan ketika sesi ‘live’ di Facebook dengan menyamakannya seperti haiwan.

Kredit: Harian Metro | TikTok @eiraaziera6699

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas