Connect with us

Oh! Media

Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Dibawa Ke Mahkamah Pagi Ini, Dijangka Bebas Dengan Jaminan Polis

datuk nenek zayn rayyan

Trending

Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Dibawa Ke Mahkamah Pagi Ini, Dijangka Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ibu bapa, datuk dan nenek pula ditahan polis untuk membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis

Penahanan pasangan itu dibuat pihak polis di rumah mereka di Subang Bestari, selepas pulang dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata anak guamnya kemungkinan akan dibebaskan pagi ini.

Datuk dan nenek Zayn Rayyan akan dibawa ke mahkamah pagi ini dan dijangka akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya lagi, penahanan dibuat semalam kira-kira jam 2.30 petang dan dia terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas dimaklumkan mengenai hal itu.

Beliau dimaklumkan datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas