Connect with us

Oh! Media

Cemburu Buta, Suami Pukul Isteri Gara-Gara Sering Muat Naik ‘Selfie’ Di Facebook

Ohmedia suami Pukul

Trending

Cemburu Buta, Suami Pukul Isteri Gara-Gara Sering Muat Naik ‘Selfie’ Di Facebook

Suami tuntut telefon namun mangsa enggan menyerahkannya.

Gara-gara terlalu cemburu, seorang lelaki di Indonesia tergamak memukul isterinya sendiri sehingga cedera.

Memetik laporan Harian Metro, suspek Mat Nasir tidak berpuas hati dengan tabiat isterinya, Suryani yang sering memuat naik ‘selfie’ di Facebook.

Suami minta telefon, isteri enggan serahkan

Kejadian ini berlaku di Daerah Pemulutan Selatan, Kabupaten Ogan Ilir, pada 30 Oktober lalu dan menjadi tular selepas kisah mangsa dikongsi penduduk tempatan di media sosial.

IKLAN
Polis

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir, AKP Mukhlis, ketika kejadian mangsa sedang duduk di dalam bilik sambil memegang telefon sebelum suaminya menghampiri dan menuntut telefon tersebut.

Namun, apabila mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan pertengkaran berlaku. Menurut Mukhlis, suspek kemudian merampas telefon itu secara paksa sebelum memukul isterinya sehingga wajahnya lebam dan bengkak.

Jeritan mangsa yang meminta tolong berjaya menarik perhatian jiran berhampiran yang segera datang membantu dan membawa Suryani ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pssttt! Cemburu yang tidak dikawal boleh bertukar menjadi tragedi dan memusnahkan hubungan. Media sosial sepatutnya menjadi tempat untuk berkongsi, bukan punca keganasan. Semoga mangsa mendapat keadilan dan perlindungan sewajarnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas