Connect with us

Oh! Media

Buat Liputan Serangan Masjid Al-Aqsa, Tentera Zionis Turut Serang Wartawan

Trending

Buat Liputan Serangan Masjid Al-Aqsa, Tentera Zionis Turut Serang Wartawan

Berikutan serangan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa selepas melanggar perjanjian gencatan senjata yang hanya bertahan selama 12 jam, ramai pengunjung Masjid Al-Aqsa terkena tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

ADVERTISEMENT

Tidak hanya itu, tular satu video di laman Twitter dikongsi oleh pemegang akaun @AdDien90 dimana beberapa wartawan yang dipercayai membuat liputan di kawasan Masjid Al-Aqsa turut diserang oleh tentera rejim Zionis.

https://twitter.com/AdDien90/status/1395791824560689157

Mereka yang tidak memegang apa-apa senjata dipukul dan diusir daripada kawasan tersebut oleh tentera rejim Zionis.

Video yang mendapat lebih 100,000 tontonan itu menyebabkan ramai warganet tidak berpuas hati atas tindakan yang dilakukan oleh tentera Zionis yang mengganggu sekumpulan wartawan yang sedang membuat liputan.

Semoga penduduk di Palestin sentiasa dilindungi oleh Allaw S.W.T.

Kredit : Twitter

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas