Connect with us

Oh! Media

“Buat Apa Datang Sini?” – Bibik Aliff Syukri Meracau Kena Sampuk, 3 Kali Ruqyah Tak Jalan

bibik aliff syukri

Trending

“Buat Apa Datang Sini?” – Bibik Aliff Syukri Meracau Kena Sampuk, 3 Kali Ruqyah Tak Jalan

Apa cerita dengan bibik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ni? Dengarnya salah seorang pembantu rumahnya dikenali sebagai Bibik Tudung pengsan dan dirasuk makhluk halus.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, kejadian itu berlaku malam Isnin lalu ketika usahawan dan keluarga besarnya berada di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik, Datin Shahida dilihat menyuap larutan air garam ke mulut bibik sebelum bibik tersedar dan bercakap dalam bahasa yang kurang difahami.

@abangterlajaklaris

doakan.. bibik sy selamat.. Selama lebih daripada 11 tahun dia bekerja dengan saya tak pernah kena macam ni kami sekeluarga semalam tidak boleh tidur sebenarnya kerana babik kesayangan kami di Rasuk hantu

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Datin Shahida sendiri menyoal bibik bertanyakan makhluk itu datang mencari siapa di rumah. Bibik kemudian menjawab datang mencari datuk.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok menceritakan semula kejadian mendakwa bibik sudah beberapa kali dibacakan ayat Ruqyah namun makhluk yang merasuk enggan keluar.

@alinkiwi #datoalif #bibiktudung #bibiktudungkenarasuk #bondarozita ♬ original sound – Alinkiwi
@alinkiwi Replying to @kadeejah ♬ original sound – Alinkiwi

Ketika ditanya, makhluk yang merasuk itu mengaku tinggal di kawasan basement rumah di mana di situ tiada sesiapa pun yang tinggal.

Menurut Datuk Aliff, ini kejadian pertama yang berlaku selama 11 tahun bibik itu berkhidmat untuk keluarganya.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan keluarga Datuk Aliff Syukri.

Tak kurang juga yang kurang percaya memandangkan usahawan ini sering muncul dengan strategi marketing.

BACA: “LV Boleh Beli” – Aliff Syukri Dikecam Meroyan ‘Bising’ Harga Barang Mahal Di Mekah

Kredit: TikTok @abangterlajaklaris | @alinkiwi

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas