Connect with us

Oh! Media

“Bila Dekat Mesti Bergaduh” – Mak Bapa Hantar Sihir Dekat Anak Menantu Guna Tuala Wanita

Oh! Tidak

“Bila Dekat Mesti Bergaduh” – Mak Bapa Hantar Sihir Dekat Anak Menantu Guna Tuala Wanita

Selalu kan kita dengar orang hantar sihir untuk rosakkan hubungan bekas kekasih. Ha kali ni, mak bapa sendiri yang buat benda terkutuk dekat anak dan menantu. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA: Ustaz Kazim Elias Dedah Punca Dirinya Disihir

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang perawat Islam mendedahkan masih wujud ibu bapa yang iri hati dengan kebahagian anak sendiri.

Tambahnya, ada yang sampai sanggup menghantar sihir untuk merosakkan keharmonian rumah tangga dengan menantu dengan alasan tak mahu melepaskan anaknya.

Mula rasa sakit hati.. Mula rasa cemburu.. sanggup mensyirik kan Allah.. Kacau hubungan rumah tangga anak, sanggup menghantar sihir pada menantu dan anak sehingga kan porak peranda rumah tangga.

Bila dekat mesti bergaduh, sampaikan hubungan kelamin pun di kacau… Bila nak bersama nafsu mati, sakit bahagian ari-ari.

Walaupun sukar nak percaya ada yang sanggup buat macam tu dekat anak sendiri, itulah hakikatnya.

Guna tuala wanita sebagai perantara

Lebih mengejutkan ada juga yang tergamak menggunakan tuala wanta sebagai perantara supaya anak dan menantu tunduk dengan kemahuan ibu bapa.

Ini bukan drama di reka-reka ini lah hakikat yg terjadi di dalam masyarakat melayu.

Tidak tahan dengan perangai segelintir ibu bapa macam ni, lelaki berkenaan sempat berpesan agar ibu bapa redha dengan pilihan hidup anak-anak.

Bak kata orang tua-tua… Sudah-sudahlah… Badan pun dah bau tanah.

Astaghfirullahaladzim, ada ek mak bapa macam ni. Patutnya, merekalah jadi orang yang paling gembira tengok anak hidup harmoni dengan pasangan. Apapun, semoga kita dijauhkan daripada perkara ni lah ek.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas