Connect with us

Oh! Media

“Bila Dah Bertudung Ini Tak Banyak Watak Yang Boleh Dapat” – Hannah Delisha Mahu Berlakon Watak Aksi

Oh! Artis

“Bila Dah Bertudung Ini Tak Banyak Watak Yang Boleh Dapat” – Hannah Delisha Mahu Berlakon Watak Aksi

Betul orang kata bila dah bertudung ni pelakon akan susah nak dapat tawaran bekerja. Begitu juga dengan pelakon jelita, Hannah Delisha yang pernah mengejutkan pengikutnya dengan pengumuman telah bertudung.

ADVERTISEMENT

BACA: Hannah Delisha Hamil 3 Bulan Tapi Bayi Dalam Kandungan Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia Dalam Perut

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Hannah Delisha mendedahkan pernah ditawar watak yang memintanya untuk membuka tudung.

Walaupun begitu, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana memahami permintaaan produksi dari luar dan menolaknya dengan sopan.

Saya suka watak mencabar, tapi saya faham bila dah bertudung ini tak banyak watak yang boleh dapat. Tapi saya cuba la kalau dapat watak yang mencabar, saya tak rasa tudung menjadi satu isu la.

Mungkin mereka ingat kita pakai tudung ini aksesori saja. Mereka tak faham, tapi bila saya beritahu mereka saya tak boleh buka tudung, mereka faham la.

Katanya buat masa sekarang ni dia tak ada peluang lagi untuk masuk ke dalam filem kerana tawaran drama yang sudah diterima.

Susah dapat tawaran

Hannah mengakui penampilan terbarunya membuatkan dia susah mendapat tawaran watak yang diimpikan.

Saya teringin nak buat watak lakon aksi, kalau hantu pun boleh juga.

Tapi bagi saya kalau nak jadikan cerita, it is fiction story, you can just make it happen if you want to.

Sebab pada akhirnya, awak nak jadi seorang pelakon, orang nak tengok pada lakonan.. bukan sebab pakai tudung ke tak.

Betul juga kata Hannah ni, lakonan bukannya bergantung kepada tudung.Takpe lah mungkin rezeki berada di tempat lain. Semoga sentiasa istiqomah ye.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas