Connect with us
nurfarah kartini

Trending

 “Berani Buat Berani Tanggung’ – Bapa Suspek

Kes pembunuhan Nur Farah Kartini menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi suspek utama merupakan seorang anggota polis.

Turut menerima tempias adalah bapa suspek di kampung apabila diajukan dengan pelbagai persoalan.

IKLAN
suspek bunuh

Petani berusia 64 tahun ini hanya mampu tabah dan berbuat seperti tiada apa yang terjadi untuk terus bekerja.

Lapor Harian Metro, dia mengenali anaknya sebagai seorang yang amat berdisiplin dan suka bergurau.

Siapa yang tidak sayang anak, pada saya tiada yang pelik mengenai perangainya (sepanjang melihat dia membesar).

Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung.

Warga emas ini berpegang kepada takdir sebagai penentu segalanya. Jelasnya lagi, perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh untuknya menghalang.

BACA: “Kalau Salah Tetap Salah Dan Kena Terima Hukuman Tapi..” – Bapa Suspek Bunuh Nur Farah Kartini

Difahamkan, keluarga ini sudah melantik peguam bagi mewakili anak dalam siasatan dan perbicaraan kelak.

nurfarah kartini

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas