Connect with us

Oh! Media

“Belajar Takat SPM Je, Berlagak!” – Jurujual Kereta Kantoi Mengata Bekas Officemate Dalam Live

jurujual kereta

Trending

“Belajar Takat SPM Je, Berlagak!” – Jurujual Kereta Kantoi Mengata Bekas Officemate Dalam Live

Toksik! Itulah yang dapat dikatakan mengenai dua orang staf wanita yang didapati mengumpat bekas rakan sekerja dalam sesi live di TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Kantoi Mengumpat Anak Kandung Sendiri, Siap Ejek Gara-Gara Banyak Puji Keluarga Mentua

Difahamkan, mereka merupakan jurujual sebuah jenama kereta terkemuka. Salah seorang daripadanya berkata, bekas rakan sekerjanya berlagak padahal hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan penuh rasa geram, wanita tersebut berkata, dia juga ada SPM tetapi langsung tidak berlagak seperti pekerja baru itu.

https://twitter.com/onlyyouperson/status/1805854521517818106

Tak habis di situ, mereka juga mengeluarkan kata-kata tidak sopan iaitu mengutuk rupa paras bekas rakan sekerja sendiri.

Sebenarnya, kami perlukan lelaki yang segak, handsome dan tak sombong. Dia hilang sabar dia pun berhenti kerja. Tapi baguslah sebab aku pun tak suka dia, action. Dia rasa dia handsome sangat ke? Sudahlah tak handsome muka macam gayboy, putih melepak!

Mangsa kutukan @onlyyouperson berkata, dia sebenarnya tidak mahu menyebarkan aib sesiapa. Tetapi wanita berkenaan sendiri yang mencabarnya menularkan video selepas kantoi mengumpat.

Jelasnya, dia baru dua minggu bekerja di pusat jualan kereta itu dan belum sempat berkenalan dengan staf yang lain. Tau-tau dah kena petik dalam live.

Lelaki ini turut menjelaskan dia berhenti kerja kerana tidak mahu hidup dalam persekitaran tidak sihat. Tambahan pula, isterinya ketika ini sedang mengandung.

mengumpat 2

Setakat ini, perkongsian yang dibuat di aplikasi X telah menerima lebih 2 juta tontonan dan ribuan respon daripada orang ramai.

Akaun peribadi dua pekerja wanita berkenaan kini menjadi sasaran netizen yang mahu memberi pengajaran di atas kata-kata tidak sopan mereka.

Kredit: X @onlyyouperson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas