
Oh! Tidak
Baling Botol Arak Ke Lebuhraya, Polis Sahkan Sudah Kenal Pasti Maklumat Pelaku
Oleh
Semalam tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang bertindak membaling botol arak ke Lebuhraya AKLEH, Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Jalan Sultan Ismail.
BACA: “Rider Kejar Order, Tanya Pun Salah Ke?” – Viral Peniaga Maki Hamun, Baling Botol Sos Dekat Rider
Berikutan kejadian itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan proses pencarian suspek giat dijalankan.
Kenal pasti pelaku
@majoritiofficial Sedih tengok cara diorang hiburkan diri. Kalau kena orang tak ke naya? #balingbotol #viral #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #kl
♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official
Video yang tular sebelum ini memaparkan seorang lelaki telah membaling botol dari sebuah residensi mewah di Kampung Baru semasa kesesakan jalan raya sedang berlaku.
Noor Dellhan memberitahu bahawa Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, telah mengenal pasti individu yang terbabit dalam kejadian itu.
Polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini.
Ketua polis itu juga memaklumkan bahawa perbuatan suspek adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan serta menasihati orang awam untuk tidak terikut dengan perbuatan tersebut.
Kredit: Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
