Connect with us
zulfarhan

Trending

Ayah Zulfarhan Tanya Mana Suhakam Ketika Anak Diseksa Dengan Kejam 7 Tahun Lalu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada 6 pesalah kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

BACA: SUHAKAM Tidak Bersetuju Dengan Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pesalah

IKLAN

Menurut SUHAKAM, hukuman mati bukan penyelesaian yang adil dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

bapa zulfarhan

Menjawab kepada kenyataan SUHAKAM itu, bapa kepada Zulfarhan dalam laporan Majoriti mempersoalkan di mana SUHAKAM ketika anaknya dibunuh 7 tahun lalu.

Kenapa perlu sekarang? Apa yang cuba mereka sampaikan?

Zulkarnain Idros melihat SUHAKAM seolah-olah mahu berpolitik demi kepentingan peribadi.

Jika tidak ada kepentingan peribadi, mereka tidak akan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa.

Sebagai contoh, masa arwah diseksa tujuh tahun dahulu kenapa tiada yang tampil memberikan kenyataan?

Sedangkan pada ketika itu Zulfarhan didera hingga kejam sehingga dia hilang nyawa. Mana keadilan untuk arwah? Mereka sudah tentu ada kepentingan dan agenda mereka sendiri.

Sebagai seorang bapa, Zulkarnain mahu semua orang menghormati keputusan mahkamah kerana anaknya juga layak mendapat keadilan.

zulfarhan

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas