Connect with us

Oh! Artis

“At Least Paraphrase La Sikit Ayat Tu” – Aisyah Hijanah Dan Aliff Teega Tulis Novel Sebiji Macam Lirik Lagu BCL?

Sebelum ini, kami pernah melaporkan tentang pasangan pempengaruh islamik, Aisyah Hijanah dan Aliff Teega direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baru-baru ini, mereka kembali jadi bualan ramai disebabkan novel yang mereka terbitkan. Pulak dah..

IKLAN

BACA: Tersebar Sisi Gelap Aisyah Hijanah Suka Maki Hamun Dan Jerit Di Pejabat, Staf Siap Simpan Rakaman Suara

Menerusi hantaran X, difahamkan netizen mula mengorek isi kandungan novel tersebut kerana didakwa ada plagiat.

Katanya, ada satu bahagian dari novel itu, sebiji macam lirik lagu Cinta Sejati, nyanyian Bunga Citra Lestari.

Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu, Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku, Sukmaku berteriak menegaskan aku cinta padamu, Terima kasih pada Maha Cinta menyatukan kita.

Apa yang membuat netizen lagi tercengang adalah novel tersebut telah terjual sebanyak 15,000 hanya dalam tempoh 7 bulan.

Ramai netizen mula cringe dengan penulisan pasangan ini

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya macam mana novel tak berkualiti itu boleh terjual dengan banyak.

At least paraphrase la sikit ayat tu.

Mungkin depa dalam drama pukul 7, so lirik tu macam music background lol.

Hmm… mungkin Aisyah suka lagu tu. Sebagai netizen kita bersangka baik je lah ek. Diharapkan mereka boleh jelaskan isu plagiat ni lah lepas habis direman. Apapun, korang dah baca ke novel ni?

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ohmedia Banner
Ke Atas