Connect with us

Oh! Media

“Anies Tak Pandai Berlakon” – Ruhainies Terharu Dapat Jumpa Wartawan Di Mahkamah

Oh! Artis

“Anies Tak Pandai Berlakon” – Ruhainies Terharu Dapat Jumpa Wartawan Di Mahkamah

Selepas dikecam teruk sebab datang ke mahkamah dengan senyuman lebar, Ruhainies tampil menafikan dakwaan tidak sensitif.

ADVERTISEMENT

BACA: Ruhainies Akhirnya Jawab Dakwaan Bakal Bertunang Dengan Aliff Aziz

Menerusi laporan Kosmo, katanya dia hanya gembira dapat bertemu dengan wartawan yang hadir di mahkamah.

Ruhainies juga menyatakan tak mahu menangis di hadapan kamera semata-mata mahu menunjuk.

Anies tak pandai berlakon. Anies tak pandai menangis depan kamera.

Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

Ruhainies juga meluahkan rasa syukur pada wartawan yang sudi datang ke mahkamah untuk mengikuti prosiding hari ini.

Nafi datang bersama Aliff Aziz

Apabila di tanya sama ada mereka datang bersama, Ruhainies menggelengkan kepala untuk menafikan dakwaan itu.

Kami datang asing cuma waktu tiba di mahkamah sahaja sama dan kami parkir berdekatan.

Sementara itu, kedua-dua pelakon sensasi itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas tuduhan khalwat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas