Connect with us
Shuhada Hafidz Roshdi

Trending

Akhirnya Shuhada Tarik Semula Kes Pukul Terhadap Hafidz Roshdi 

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada telah menarik semula kes dakwaan dipukul pelakon lelaki itu pada tahun lepas.

BACANetizen Kecam Teruk Hafidz Roshdi Sebab Tergamak Buat Shuhada Shukri Sebegitu

IKLAN

Menurut laporan Oh! Bulan, Shuhada telah menarik semula laporan itu pada 6 Julai lepas dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemu bual pihak media.

Shuhada sudah menarik balik laporan, jadi pihak polis dan pihak kami telah menerima laporan tersebut.

Mereka (pegawai penyiasat) akan buat siasatan ke atas pengadu (Shuhada) dan akan memberitahu kenyataan tambahan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk mendapatkan pengesahan.

Bukan tu jer, mereka juga dikatakan telah jumpa jalan pendamaian dan tindakan Shuhada menarik semula kes itu bukanlah disebabkan provokasi dan paksaan.

Dua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik, Shuhada pun telah menarik laporan. 

Mereka menyelesaikan hal rumah tangga mereka dengan cara baik. Pegawai penyiasat juga akan membuat siasatan jika ada sebarang unsur provokasi.

Ketika kejadian berlaku, Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tegang namun selepas itu mereka berfikiran matang, jadi isu-isu berkaitan rumah tangga mereka selesai.

Laporan tersebut jelas menyatakan keputusan untuk menarik balik tiada paksaan. Jadi pihak berkuasa akan buat pengesahan tersebut.

Perbincangan mereka bukan dibuat sendiri tetapi dibincangkan melalui peguam masing-masing.

Difahamkan yang bekas isteri Hafidz itu hanya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana kurang sihat. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Ogos nanti.

Shuhada Hafidz Roshdi

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas